Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest-Headlines

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

Majlis Dikir 12 Malam Berturut-turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Dikir 12 Malam Berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang mana pada hari Isnin, 1 Rabiulawal 1445H / 16 September 2023 dikelolakan bersama oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dan Jabatan Penerbangan Awam bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam dan juga pada hari Rabu, 5 Rabiulawal 1445H / 20 September 2023M dikelolakan bersama oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dan Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam bertempat di Masjid Kampung Kilanas, Negara Brunei Darussalam.


Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.

#EGNC



Attachments
Contact Us With
Last Updated Since
March 13, 2024