Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest-Headlines

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di Bawahnya Bagi Tahun 1444H/2023M
https://www.egnc.gov.bn/LatestHeadlinesImages/nuzul_mtic2023.png

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim yang dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Pengiran Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, Qari Negara Brunei Darussalam. Majlis juga diserikan dengan ceramah khas sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1444H bertajuk 'Cinta Al-Qur'an, Santuni Anak Yatim' yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai Ugama dari Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada seramai 29 orang anak-anak yatim dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.

Antara objektif majlis sambutan ialah untuk memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran iaitu turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping menambah kesedaran dalam menyantuni anak-anak yatim serta mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.
Attachments
Contact Us With
Last Updated Since
March 13, 2024