Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

Satu pangkalan data khas sedang dirancang
http://www.egnc.gov.bn/LatestHeadlinesImages/LEGCO.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Untuk menyediakan pemusatan pangkalan data, pihak kerajaan telah membuat perancangan satu pangkalan data khas untuk agensi-agensi Kerajaan.

Skop projek ini mengandungi penyediaan infrastruktur data-based bagi kegunaan semua projek IT di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-11 yang bertujuan untuk memudahkan pengintegrasian maklumat antara agensi-agensi kerajaan.

Perancangan itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

Sementara itu, sebagai usaha untuk memastikan portal data.gov.bn sentiasa dikemas kini, Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) selaku agensi penyelaras secara berterusan akan mengadakan muzakarah bersama pemilik data dan e-mel untuk mengemas kini data-data tersebut serta memuat naik data-data tambahan bagi meningkatkan jumlah-jumlah data yang sedia ada.

Semasa menjelaskan lebih lanjut mengenai portal berkenaan, Yang Berhormat Dato berkata, ia merupakan sebuah platform yang disediakan dengan tujuan untuk mengongsikan data-data kerajaan yang diklasifasikan sebagai data awan yang tidak sensitif termasuk statistik atau accredited data yang boleh diakses dan dimuat turun oleh orang ramai secara percuma di atas talian.

Oleh yang demikian, beliau menggalakkan agensi-agensi kerajaan untuk berkongsi data-data yang tidak sensitif kepada orang ramai yang mana data tersebut merupakan tanggungjawab agensi berkenaan sebagai pemilik data.


Sumber dari Media Permata

Attachments
Contact Us With
Last Updated Since
March 13, 2024