Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

'Team One' juarai Kategori Pelajar Pertandingan B{CODE}
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim bergambar ramai bersama pemenang bagi kedua-dua kategori.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Mei - Pasukan "Team One' dengan membawa tema "Cabaran Pengangkutan' muncul juara bagi Kategori Pelajar, Pertandingan Hackathon ICT Kebangsaan yang Pertama (B{CODE}: Brunei's 1st National ICT Hackathon), manakala juara Kategori Terbuka B{CODE} pula disandang oleh Pasukan 'Crowdsource' dengan tema 'Crowdfunding on Community and Charity'.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Design and Technology Building, Anggerek Desa Technology Park, di sini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Pemenang berkenaan masingmasing menerima trofi; sijil penyertaan; geran permulaan berjumlah BND20,000; sebulan mentor di Microsoft (Brunei) Sdn. Bhd.; dan enam bulan bagi akses kemudahan yang disediakan di iCentre.

Pertandingan tersebut diadakan selama dua bulan mulai 24 Januari sehingga 8 Mac 2017 yang lalu. B{CODE} dianjurkan bersama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dan Jabatan Tenaga dan Perindustrian dengan kerjasama Microsoft (Brunei) Sdn. Bhd. bertujuan untuk membawa inovasi, pemaju dan pihak berkepentingan utama dalam sama-sama menyelesaikan cabaran dunia sebenar.

Matlamat pertandingan tersebut adalah untuk menggalakkan inovasi, merangsang idea dan memacu
kreativiti dengan mengatasi dan menyediakan penyelesaian kepada cabaran yang kini dihadapi di negara ini melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Melalui pertandingan itu diharap dapat merangsang penyelesaian berkekalan terhadap kebimbangan yang dihadapi oleh masyarakat hari ini dan menggalakkan ahli perniagaan dan orang awam untuk membangunkan idea-idea dan cadangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pasukan 'Team One' ketika ditemui menjelaskan projek pasukan mereka membawa tema 'Cabaran Pengangkutan' yang mana mereka membangunkan
sebuah penyelesaian prototaip yang meningkatkan pengesanan bas menggunakan GPS sebagai satu cara
untuk menambah baik pengangkutan secara besar-besaran bagi orang awam.

Courtesy of Pelita Brunei
Attachments
Contact Us With
Last Updated Since
March 13, 2024