22 Januari 2025 - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah menyertai pameran Hari Pelanggan Institut Perkhidmatan Awam 2025 (HPIPA 2025) di Dewan An-Najah, Institut Perkhidmatan Awam, Rimba Gadong.
Pameran tersebut disertai oleh beberapa agensi termasuk institusi-institusi pengajian tinggi. Antara objektif HPIPA 2025 ialah memberigakan dan meningkatkan pengetahuan mengenai program pembelajaran dan perkhidmatan yang ditawarkan IPA termasuk konsultasi, peminjaman fasiliti pembelajaran dan lain-lain.
Turut hadir mengunjungi pameran berkenaan ialah Yang Mulia Dr Norfarizal bin Othman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.