4 September 2024 - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah mengadakan jerayawara Taklimat Pembarigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat dan memberikan pendekatan lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan gunasama dan juga dasar dan rangka kerja yang tersedia ada oleh jabatan ini.
Hadir ke taklimat tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pemangku Pengarah EGNC, serta para pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.