Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mengadakan jerayawara Taklimat Pemberigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada hari Isnin, 29 Januari 2024.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat dan memberikan pendekatan lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan gunasama dan juga dasar dan rangka kerja yang tersedia ada oleh jabatan ini.
Hadir ke taklimat tersebut ialah pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.