Skip Ribbon Commands
Skip to main content

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

29 Jun 2024

Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Jerayawara Taklimat dan Bengkel Rangka Kerja Pengurusan Projek atau ‘Project Management Framework’ (PMF) pada 10 sehingga 19 Jun 2024, bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Jerayawara ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat kepada pengurus-pengurus projek di agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat pembekal bagi memupuk kefahaman mengenai rangka kerja berkenaan agar projek-projek digital transformasi kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Seramai 450 orang pegawai dan kakitangan kerajaan dan syarikat-syarikat pembekal telah menghadiri jerayawara tersebut.

Rangka kerja ini telah dikeluarkan dan dimandatkan pada Mei 2023 untuk digunakan bagi semua projek-projek IT kerajaan dalam usaha memastikan urustadbir projek-projek IT dibuat dengan teratur serta memastikan keberkesanan dan kejayaan projek-projek berkenaan.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak EGNC melalui e-mel ke governance@egnc.gov.bn.

#egnc


Contact Us With
Last Updated Since
October 10, 2024