Skip Ribbon Commands
Skip to main content

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

18 Jan 2024

Khamis, 18 Januari 2024 – Seramai 15 orang Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Cyber Security Brunei (CSB), di Bandar Seri Begawan.

Tujuan lawatan-lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) adalah sebagai wadah percambahan minda dan bertukar-tukar buah fikiran bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) untuk mencergaskan lagi digital tranformasi di sektor kerajaan, serta melihat secara lebih dekat lagi akan kebolehahan dan usaha lanjutan didalam menangani ancaman keselamatan siber Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan Whole of Nation.

Lawatan ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) :

Program lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dimulakan di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) yang mana ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Amirul Hayat bin Pengiran Haji Yussop, Pemangku Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC). Antara perkara-perkara yang disampaikan adalah mengenai pengenalan dan pencapaian Jabatan, usaha-usaha dan perancangan penambahbaikan serta perkembangan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC).

Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga berkesempatan untuk mengetahui lebih dekat mengenai inisiatif-inisiatif dan perancangan yang dibuat selaras dengan Pelan Strategic EGNC dan seterusnya mengadakan lawatan ke Network Operation Centre (NOC) bagi melihat secara dekat kerja pemantauan perkhidmatan-perkhidmatan gunasama EGNC yang beroperasi 24 jam sehari.

Contact Us With
Last Updated Since
July 3, 2024