Skip Ribbon Commands
Skip to main content

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

30 Sep 2023

​​Beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kebangsaan Kerajaan (EGNC) pada pagi hari Rabu, 27 September 2023.


Hadir pada lawatan kerja berkenaan ialah Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam dan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Turut hadir pada lawatan berkenaan ialah Yang Mulia Dayang Mazriyani binti Haji Abd Ghani, Pengarah EGNC, dan ketua-ketua bahagian.

Antara objektif utama lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Pelan Strategik EGNC serta inisiatif-inisiatif Jabatan ini. Lawatan kerja ini juga adalah bertujuan sebagai wadah untuk bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran terutama dalam sama-sama menanai cabaran perkembangan digitalisasi secara holistik.

#EGNC


Contact Us With
Last Updated Since