Pusat Kebangsaan E-Kerajaan bersama Cyber Security Brunei telah mengadakan jerayawara Taklimat Pemberigaan Sistem Perkhidmatan E-Mel Kerajaan Baharu di Jabatan Perdana Menteri pada hari Rabu, 3 Mei 2023.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh para pengguna sebelum pelaksanaan sistem perkhidmatan e-mel kerajaan yang baharu menggantikan sistem perkhidmatan e-mel kerajaan yang sedia ada.
Hadir ke taklimat tersebut ialah pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.