30 September 2024 - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Pembarigaan Taklimat dan Bengkel Rangka Kerja Pengurusan Projek atau ‘Project Management Framework’ (PMF) bertempat di Kementerian Pertahanan.
Pembarigaan ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat kepada pengurus-pengurus projek bagi memupuk kefahaman mengenai rangka kerja berkenaan agar projek-projek digital transformasi kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Rangka kerja ini telah dikeluarkan dan dimandatkan pada Mei 2023 untuk digunakan bagi semua projek-projek IT kerajaan dalam usaha memastikan urustadbir projek-projek IT dibuat dengan teratur serta memastikan keberkesanan dan kejayaan projek-projek berkenaan.
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak EGNC melalui e-mel ke governance@egnc.gov.bn.