Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mengadakan jerayawara Taklimat Pembarigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan di Kementerian Pembangunan pada hari Rabu, 17 Julai 2024.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat dan memberikan pendekatan lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan gunasama dan juga dasar dan rangka kerja yang tersedia ada oleh jabatan ini.
Hadir ke taklimat tersebut ialah pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
#EGNC