Pusat panggilan kebangsaan berbentuk bukan kecemasan Talian Darussalam 123 (TD123) telah menerima lawatan kerja daripada pegawai kerajaan di bawah Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-35 dan wakil daripada Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan. Lawatan tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 10 Julai 2024, bertempat di Comquest Sdn Bhd, Kompleks Annajat.
Lawatan itu dimulakan dengan taklimat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) yang disampaikan oleh Dayang Hajah Annisah binti Haji Bahar, Ketua Divisyen Pengurusan Perkhidmatan, EGNC, dan diikuti dengan taklimat mengenai dengan TD123 yang disampaikan oleh Dayang Nurrul Hafizah binti Awang Arrifin, Ketua Seksyen TD123, EGNC. Taklimat diteruskan dengan penjelasan mengenai dengan aduan-aduan yang diterima untuk Jabatan Kemajuan Perumahan, yang disampaikan oleh Awang Rohit Singh Bisht, Ketua Pemedulian Pelanggan dan Pengoperasian Pusat Panggilan, Comquest Sdn Bhd.
Semasa lawatan tersebut, para pegawai berkenaan juga berpeluang untuk menyaksikan secara dekat perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan.