Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest-Headlines

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

MTIC memperingati Maulidur Rasul
YANG Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa hadir pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1442 Hijrah / 2020 Masihi tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 November. - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi juga jabatan-jabatan di bawahnya dan pihak-pihak berkuasa mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1442 Hijrah / 2020 Masihi, di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), di sini.


Hadir pada majlis tersebut, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

 

Dalam menyemarakkan acara sambutan berkenaan, majlis diserikan lagi dengan Ceramah, bertajuk 'Membangun dengan Akhlak Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam', disampaikan oleh Penceramah Undangan, Pensyarah Fakulti Pembangunan Pengurusan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Mohammad Hilmi Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

 

Majlis tahunan yang dikelolakan bersama oleh MTIC dan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan tersebut, antara lain bertujuan Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Maulidur Rasul).

 

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan); Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); Pemangku Ketua Eksekutif; pengarah-pengarah jabatan dan bahagian; pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai juga kakitangan MTIC juga jabatan-jabatan di bawahnya dan pihak-pihak berkuasa.

Attachments
Contact Us With
Last Updated Since
November 13, 2024