Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest-Headlines

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

Majlis Solat Hajat Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena 15 Tahun Penubuhan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan

​Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Solat Hajat Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena 15 Tahun Penubuhan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan pada hari ini di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan solat Zohor dan Solat Sunat Hajat berjemaah serta Bacaan Ratib AlAttas yang diketuai oleh Yang Mulia Iman Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Majlis diteruskan dengaan Bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya, serta Pegawai dan Kakitangan EGNC.



Attachments
Contact Us With
Last Updated Since
March 13, 2024