Majlis
Penyampaian Anugerah Inovasi Perdana (AIP) Negara Brunei Darussalam
2022 Sempena Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Kali Ke-29
telah diadakan pada hari ini Sabtu, 19 November 2022 di Dewan Banquet,
Jabatan Perdana Menteri.
Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah
diwakili oleh dua kumpulan iaitu Kumpulan Dynamik Developers dan
Kumpulan Warta, dengan kertas projek ‘Penyediaan Travel Application
System semasa COVID-19’ dan ‘Kaedah Penyampaian Maklumat Sahih’.
Syabas diucapkan kepada semua peserta.