Isnin, 28 September 2026 – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat dan memberi tunjuk cara mengenai BruneiID kepada para mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

Sesi taklimat ini bermatlamat untuk memperkasakan warga KUPUSB dengan kemahiran serta kefahaman mengenai penggunaan identiti digital tunggal Negara Brunei Darussalam. Melalui pendedahan ini, para hadirin dapat memahami peranan BruneiID dalam memudahkan urusan akses kepada perkhidmatan digital kerajaan serta menyokong amalan pendigitalan secara meluas dan berkesan di kalangan generasi muda dan warga pendidik.

Gambar disediakan oleh @kupusb_official

#EGNC