Khamis, 10 September 2026 – Pusat panggilan kebangsaan bagi perkhidmatan bukan kecemasan, Talian Darussalam 123 (TD123), telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Delegasi tersebut diketuai oleh Superintenden Eric Chin, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Logistik, serta turut disertai oleh ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai di bawah Jabatan Logistik.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai Perkhidmatan Guna Sama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), yang disampaikan oleh Hajah Annisah binti Haji Bahar, Ketua Divisyen Pengurusan Perkhidmatan, EGNC, diikuti dengan taklimat mengenai perkhidmatan TD123 yang disampaikan oleh wakil pihak TD123.
Lawatan kerja ini turut memberi peluang kepada delegasi PPDB untuk meninjau Pusat Panggilan TD123 secara lebih dekat, khususnya bagi memahami skop perkhidmatan, keupayaan infrastruktur, serta fasiliti sokongan dalam mengekalkan kecekapan operasi dan mutu penyampaian perkhidmatan.