Taklimat mengenai BruneiID telah disampaikan oleh Awang Muhammad Amir Azizi bin Haji Shukry, Ketua Seksyen Digital ID, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dalam Program Sua Muka yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di dua lokasi berikut:
📍 7 April 2026: Kampung Kawasan 2 RPN Menteri, Mukim Mentiri, Daerah Brunei
📍 28 April 2026: Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong
Program Sua Muka merupakan inisiatif berterusan Jabatan Penerangan yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan membarigakan maklumat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.
[Foto: Jabatan Penerangan]