Pusat Kebangasaan E-Kerajaan (EGNC) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil di bulan Ramdhan bagi tahun 1447H/2026M pada hari ini, Rabu, 28 Ramadhan 1447H bersamaan 18 Mac 2026M.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Zohor berjemaah, disusuli dengan bacaan Surah-Surah lazim, Bacaan Takhtim dan Tahlil, Doa Khatam Al-Quran dipimpin oleh Yang Mulia Awangku Haji Mohammad Zulfadhli bin Pengiran Metussin, Pegawai Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kampong Jangsak. Dikir Marjaban diketuai oleh Kumpulan Dikir Pusat Kebangsaan E-Kerajaan. Majlis diteruskan dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Hajah Ilyasuriani binti DP Haji Hamdani, Pemangku Pengarah EGNC serta Ketua-Ketua Pegawai, Ketua Transformasi Digital (DTL), Pegawai dan Kakitangan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dan Pelajar Penempatan Kerja.