Khamis, 27 Ogos 2026 – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah dijemput untuk mengadakan Sesi Penyelarasan Government Digitalisation & Government Digitisation bersama wakil Kementerian/Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sesi ini bertujuan untuk mengenal pasti perkhidmatan yang disediakan oleh setiap jabatan, termasuk status pendigitalan dan sistem yang menyokong penyampaian perkhidmatan, bagi menyokong pengemaskinian Service Inventory dan pemantauan KPI digitalisasi Kerajaan.