Rabu, 22 Julai 2026 – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat semasa Sesi Pemberigaan Project Management Framework (PMF), termasuk Business Process Improvement (BPI), bersama Pegawai-Pegawai Fokal Rancangan Kemajuan Negara (RKN) serta Pengurus Projek RKN, bertempat di Kementerian Kewangan.

Taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai EGNC ini bertujuan memperkenalkan tadbir urus Business Process Improvement di bawah Project Management Framework sebagai usaha memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, pantas dan berkualiti, di samping memastikan pelaksanaan projek yang lebih teratur, konsisten dan berimpak.

Melalui perkongsian amalan terbaik serta pengalaman dalam pengurusan projek IT kerajaan, sesi ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan keupayaan peserta dalam melaksanakan serta mengurus projek RKN mengikut amalan pengurusan projek yang sistematik dan berkesan.

#EGNC