Khamis, 7 Mei 2026 – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah berpeluang untuk menyampaikan taklimat kepada guru-guru ICT dari seluruh sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Sesi tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta memperkukuh pengetahuan dan pemahaman guru-guru ICT mengenai infrastruktur dan info-struktur kerajaan dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Antara cabaran utama yang dikenal pasti adalah kurangnya pendedahan terhadap aspek praktikal pengurusan teknologi dalam dunia sebenar. Melalui inisiatif ini, para guru yang hadir diharapkan dapat mengongsikan maklumat mengenai peranan utama EGNC sebagai peneraju transformasi digital kerajaan kepada para penuntut.
Di samping taklimat, klinik bagi perkhidmatan FormBN, GoBN, dan BruneiID juga disediakan untuk kemudahan para guru.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Penolong Pengetua SMPDSM, Yang Mulia Dayang Radiah binti Hj Abdul Ladi.