Rabu, 22 April 2026 – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mengadakan sesi pembarigaan mengenai Rangka Kerja Pengurusan Projek atau ‘Project Management Framework’ (PMF) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Sesi tersebut dimulakan dengan ucapan dari Yang Mulia IR. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi ahli Jawatankuasa Kerja Teknikal.
Jerayawara ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Teknikal serta wakil bagi memupuk kefahaman mengenai rangka kerja berkenaan agar projek-projek digital transformasi kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Rangka kerja ini telah dikeluarkan dan dimandatkan pada Mei 2023 untuk digunakan bagi semua projek-projek IT kerajaan dalam usaha memastikan urustadbir projek-projek IT dibuat dengan teratur serta memastikan keberkesanan dan kejayaan projek-projek berkenaan.