Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bahagian Komunikasi Strategik hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Batu Marang, Mukim Menteri, Daerah Brunei dan Muara bertempat di kediaman Pemangku Ketua Kampung Batu Marang.
Program berkenaan merupakan salah satu inisiatif Jabatan dalam usaha menyampaikan maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa serta dasar-dasar Kerajaan kepada penduduk setempat. Di samping itu, ia juga menjadiwadah bagi penduduk untuk mengemukakan pandangan dan maklum balas untuk agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.