SYSTEM SUPERVISOR / PENYELIA SISTEM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
a. Membantu mengendalikan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh Jurutera Sistem dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam projek dan perkhidmatan berkenaan;
b. Menyelia kegiatan-kegiatan di dalam Pusat Data/Pusat Pemulihan Data/Pusat Pemantauan Keselamatan () agar keperluan operasi seharian sentiasa berjalan dengan teratur dan lancar;
c. Memastikan semua dokumen tatacara/Standard Operating Procedure(SOP) penggunaan sistem ICT diikuti dan dibuat sepenuhnya oleh pengguna;
d. Melaksanakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut amalan terbaik (Best practices);
e. Membentuk arahan (instructions) untuk Pengendali Sistem bagi peningkatan operasi dan prosedur computer;
f. Melaksanakan pemeliharaan sistem komputer secara rountine untuk memastikan keberkesanan operasi sistem-sistem yang ada termasuk pengurusan vendor (vendor management);
g. Menyelia pemasangan peralatan ICT dan yang berkaitan dengan pengurusan facilities (facilities management) seperti Air, Aircon, sprinkler system, Uninterrupted Power Supply;
h. Menyelia pemasangan peralatan rangkaian dan yang berkaitan termasuk mengendali high bandwidth, wireless, switching dan routing of network processors;
i. Menyelia pengoperasian dan pemeliharaan peralatan ICT dan yang berkaitan untuk memastikan kesinambungan operasi termasuk pelan capacity dan availability ;
j. Menyelia pentadbiran sistem dan keselamatan pengoperasian dan prasarana rangkaian termasuk pengurusan insiden (incident management);
k. Menyediakan atau menyelaras latihan untuk pengguna bagi sistem perisian;
l. Membantu menguruskan atau melaksanakan sebarang permohonan user change/new request bagi sistem aplikasi;
m. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa;