HOME > IT CAREER > System Manager

SYSTEM MANAGER / PENGURUS SISTEM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (atau wakilnya) dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (atau wakilnya) pada perkara-perkara di bawah ini:   [ Nota: Wakil bermaksud pihak atasan di mana ia ditugaskan ]

a.   Melapor kepada Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (atau wakilnya iaitu CIO Kementerian) di mana ia ditugaskan;.

b.   Membantu Chief Information Officer (CIO) menguruskan fungsi dan perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab Pusat tersebut;

c.   Memantau/memastikan kualiti dan prestasi pengurusan fungsi dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan jujur, cekap, amanah dan sempurna mengikuti dasar dan amalan baik;

d.   Mengurus perancangan, pembentukan dan perlaksanaan program-program ICT yang inovatif yang sejajar dengan menjurus serta menyumbang kepada pencapaian wawasan, misi dan matlamat e-Kerajaan/strategi ICT;

e.   Tugas-tugas yang dimaksudkan termasuk perkara-perkara seperti berikut:

i.   Meneliti dan menilai keperluan ICT di Kementerian dan Jabatan-Jabatan dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengannya termasuk keperluan sumber manusia ICT mengikut keutamaan;

ii.   Menyediakan, mengurus dan memantau pelan induk ICT kementerian antaralain dari segi belanjawan ICT dan projek-projek ICT supaya berjalan dengan lancar dan teratur;

iii.   Mengurus perkembangan ICT termasuk pembangunan, perkembangan, pemeliharaan sistem-sistem aplikasi dan kandungan-kandungan sistem maklumat lain-lainnya termasuk pengurusan prasarana (infrastruktur) ICT;

iv.   Memastikan perlaksanaan keperluan ICT berpandukan kepada best practices termasuk kaedah-kaedah kearah penambahbaikan perkhidmatan seperti menekankan perubahan melalui Business Process Re-engineering (BPR) serta integrasi dengan kementerian/agensi-agensi yang berkaitan;

v.   Sentiasa pro-aktif dalam memastikan projek-projek ICT berjalan dengan lancar dengan memberi keutamaan dalam penyelesaian isu-isu yang menjejaskan;

f.   Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa;