HOME > IT CAREER > System Engineer

SYSTEM ENGINEER / JURUTERA SISTEM

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

a.   Mengendalikan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh Ketua dan melaksanakan tuga dan tanggungjawab dalam projek dan perkhidmatan berkenaan; 

b.   Mengurus perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan;

c.   Mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan teknikal yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses  dan stuktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian/Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektinya;

d.   Menganalisa masalah teknikal dan keperluan projek dan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan dan membuat laporan/sokongan kepada Ketua bila diperlukan;

e.   Mentadbir dan memastikan keselamatan, tahap konsistensi dan integriti prasarana, sistem hardware dan software;

f.   Membantu menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut ‘Best practices’

g.   Mengurus pemasangan peralatan ICT dan yang berkaitan dengan pengurusan facilities (facilities management) seperti Air, Aircon, sprinkler system, Uninterrupted Power Supply;

h.   Mengurus pemasangan peralatan rangkaian dan yang berkaitan termasuk mengendali high bandwidth, wireless, switching dan routing of network processors;

i.   Mengurus pengoperasian dan pemeliharaan peralatan ICT dan yang berkaitan untuk memastikan kesinambungan operasi termasuk pelan capacity dan availability; 

j.   Mentadbir dan memastikan keselamatan pengoperasian dan prasarana rangkaian termasuk pengurusan insiden (incident management);

k.   Mereka-bentuk (architecting and designing) dan memastikan pelaksanaan platform digital yang terkini;

l.   Mengurus dan merancang tugas-tugas pegawai dan kakitangan teknikal ICT di bawah tanggungjawabnya;

m.   Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa;