SYSTEM ANALYST / PENGANALISA SISTEM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
a. Mengurus perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan;
b. Mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan stuktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian/Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektinya antaranya melalui Business Process Re-engineering (BPR);
c. Bertanggungjawab dalam mengurus sistem-sistem maklumat dan keperluan peralatan-peralatan ICT;
d. Mentadbir dan memastikan keselamatan, tahap konsistensi dan integriti sistem aplikasi dan data;
e. Menganalisa masalah dan keperluan projek dan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan dan membuat laporan/sokongan kepada Ketua bila diperlukan;
f. Membantu menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut amalan terbaik (best practices);
g. Mengurus dan merancang tugas-tugas pegawai dan kakitangan ICT di bawah tanggungjawabnya;
h. Memberikan khidmat nasihat kepada pengguna bagi apa jua kaitan dengan projek-projek ICT;
i. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa;