HOME > IT CAREER > Senior System Analyst

SENIOR SYSTEM ANALYST / PENGANALISA SISTEM KANAN

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

Bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan kualiti dan prestasi Pengurusan fungsi dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan jujur, cekap, amanah dan sempurna mengikut dasar dan amalan baik dan juga perkara-perkara seperti di bawah ini:

a.   Memantau/memastikan kualiti dan prestasi perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan;

b.   Membantu Pengurus Sistem dalam mengurus fungsi dan perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab Pusat tersebut yang meliputi perkara-perkara saperti berikut:

i.   Customer Relationship Management antaranya perkhidmatan call centre, helpdesk, Service Level;

ii.   Infrastruktur yang meliputi pembangunan, perkembangan, pemeliharaan sistem-sistem applikasi utama dan kandungan sistem maklumat lainnya;

iii.   Mengetuai pengendalian operasi termasuk prasarana rangkaian 24 x 7 Operation System Administration, Networks, Security and Facilities;

iv.   Membantu dalam penyediaan pelan induk bagi pelaksanaan projek-projek e-Kerajaan;

v.   Menganalisa keberkesanan cadangan projek-projek e-Kerajaan;

c.   Menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut amalan terbaik ( best practices);

d.   Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa;