HOME > IT CAREER > Programmer

PROGRAMMER / PENJADUAL

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

a.   Menjadual, melaksanakan dan membuat percubaan (testing) modul-modul baru atas arahan Penganalisa Sistem Kanan dan Penganalisa Sistem;

b.   Membantu mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses  dan stuktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian/Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektinya antaranya melalui Business Process Re-engineering (BPR);

c.   Membantu menilai perubahan sistem yang dihadapkan oleh pengguna;

d.   Memberi bantuan utama bagi semua aplikasi termasuk menyediakan dan mengemaskinikan buku panduan pengguna;

e.   Menyediakan atau menyelaras latihan untuk pengguna bagi sistem aplikasi;

f.   Menguruskan atau melaksanakan sebarang permohonan user change/new request bagi sistem aplikasi;

g.   Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa;